Saturday, January 22, 2011

Tanda-tanda anda terkena ganguan makhluk halus

TANDA-TANDA KETIKA JAGA

1.Benci terhadap orang yang disayangi
2.Tubuh terasa panas yang luar biasa
3.Berfikir secara tidak terkawal
4.Sedih dan menangis tanpa sebab
5.Sesak nafas apabila masuk waktu Asar hingga malam
6.Sakit tulang belakang (pangkal leher hingga sulbi)
7.Lenguh di bahagian sendi-sendi badan
8.Mudah marah dan panas baran yang tidak terkawal
9.Sakit kepala yang berterusan dan perubatan moden tidak dapat memulihkan atau mengesan penyakit
10.Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki


TANDA-TANDA KETIKA TIDUR

1. Sukar tidur sesudah bersusah payah
2. Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur
3. Mimpi dihimpit oleh sesuatu, minta pertolongan tak berdaya
4. Bermimpi berada di tempat sunyi
5. Mimpi melihat binatang (kucing, unta, ular, harimau, singa, tikus, dll)
6. Mimpi melihat makhluk halus
7. Mimpi melihat salib atau gereja
8. Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dll. (Tanda terkena sihir SANTAU), jika mimpi berulang kali
9. Mimpi melihat budak kecil. Brjaga-jaga jika mimpi menyusui budak kecil dan kita merasa terlalu sayang kepadanya
10. Mimpi jatuh dari tempat tinggi


*HK pernah terkena gangguan makhlus halus selama 2tahun,selepas mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional,Alhamdulillah,Hk pulih dan sihat sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment