Saturday, January 22, 2011

Chong Wei mara ke final Terbuka Malaysia


Walaupun tanpa kehadiran jurulatih,Datuk Misbun Sidek,pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terus melangkah ke perlawanan akhir dengan penuh bergaya apabila mudah menewaskan pemain muda China, Chen Long dengan keputusan straight set 21-9, 21-9 pada perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil di sini. 
Sebelum itu pemain Indonesia,Taufik Hidayat melakukan protes terhadap keputusan Lin Dan menarik diri dan memberi kemenangan mudah kepada pemain senegara,China, sendiri. Taufik memprotes tindakan Lin Dan yang sering memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dan berulang-kali memberi alasan bahawa penarikan diri nya adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialami Lin Dan. *Whatever*

*HK bangga dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei*

No comments:

Post a Comment