Sunday, December 26, 2010

PROTON EXORA KEBANGGAAN KU



Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.


* 136 miles = 218.824 km
* 1 gallon = 3.78541 litre
* Harga petrol Malaysia RON 95 = RM 1.85/liter
* Harga petrol Malaysia RON 97 = RM 2.15/liter

Jadi, anda hanya menggunakan petrol RM7 - RM10 untuk perjalanan 218 KM menaiki Proton EXORA.
Banggalah dengan barangan buatan Malaysia !!!! 

*HK mau beli ini kereta *